分享

My Small Kitchen: Kuih Bakar Daging

 北极熊的冰屋 2014-05-27

Kuih Bakar Daging



Hari ini saya agak terlebih rajin dan ada sedikit masa terluang. So sementara masa mengizinkan, saya masukkan dulu entry kedua untuk hari ini. Kuih Bakar Daging yang saya sediakan sebagai juadah minum petang semalam. Maklumlah semalam cuaca di Shah Alam agak mendung dan lembab, apalagi asyik fikir pasal makanan sajalah....

Bayangkanlah lunch pukul 1.30 ptg, kemudian minum petang pukul 5 ptg lepas tu dalam pukul 6.30 ptg my husband ajak keluar makan Satay Hj Samuri di R&R di Lebuhraya Guthrie. Sendat perut dibuatnya... Habis macam mana nak kurus.



Resepi asal dari blog www.fauziahsamad.com. Cuma saya buat 1/3 dari adunan asal memandangkan ahli dalam rumah cuma ada 2 saja. Instead of gunakan acuan kuih bakar/baulu kemboja, saya gunakan silicone moulds.

Untuk resepi asal boleh terjah blog tuan punya resepi dan kalau rajin saya akan salin semula resepinya nanti.


Enak dimakan bersama sama sos cili.

Kuih Bakar Daging

Bahan bahan

Bahan untuk Intinya
250 gms daging ( saya guna daging kisar)
1? sudu rempah daging
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

Bahan untuk adunan tepung (batter)
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin 
Hirisan cili merah dan daun sup

CARA MEMBUATNYA:

1- Tumis bawang yang telah dicincang hingga kekuningan, masukkan rempah kari dan masak hingga wangi. Kemudian masukkan daging dan masak hingga kering. Ketepikan.

2- Pukul telor hingga kembang, kemudian masukkan semua cecair (susu/santan dan air).Kacau hingga sebati.
3- Masukkan tepung, kacau hingga sebati dan kalau perlu boleh masukkan ke dalam blender dan kisar seketika supaya adunan sebati dan halus.
4- Masukkan sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.
5- Panaskan oven pana suhu 160 darjah celcius, ambil acuan kuih bakar dan letakkan atas dapur. Letakkan ? sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan.
6- Bila sudah panas, perlahankan api dan tuang adunan ? penuh ke dalam acuan. Biar lebih kurang satu minit, sudukan daging yang digoreng tadi ke dalam acuan yang telah berisi tepung. Bila nampak garing di bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan api atas sahaja selama lebih kurang 15-20 minit.
7- Guna pisau dan keluarkan kuih semasa panas. 


Cara saya ( sebab tak jumpa acuan baulu kemboja )
1- Panaskan oven, api atas dan bawah pada suhu 160 darjah celcius.
2- Susun silicone mould di atas dulang pembakar, tuang aduan hingga 3/4 penuh acuan.
3- Sudukan daging yang telah digoreng tadi dan tabur diatasnya dengan hirisan cili merah dan daun sup.
4- Bakar selama lebih kurang 20 minit atas sehingga kuih sudah kekuningan dan nampak kuih sudah renggang dari acuannya.

    本站是提供个人知识管理的网络存储空间,所有内容均由用户发布,不代表本站观点。请注意甄别内容中的联系方式、诱导购买等信息,谨防诈骗。如发现有害或侵权内容,请点击一键举报。
    转藏 分享 献花(0

    0条评论

    发表

    请遵守用户 评论公约

    类似文章 更多