分享

FauziahSamad.com: 143. kuih bakar daging

 北极熊的冰屋 2014-05-27

143. kuih bakar daging 

http://www./2011/03/143-kuih-bakar-daging.html
 
 
Kuih bakar daging ni favourite anak kjee masa dia kecik. Dia panggil pizza melayu. Sedap sangat makan dengan cili sos. Tapi kalau nak buat kuih bakar ni ada syarat. Tak boleh kedekut bahan2nya. Untuk tiga biji kuih ni, kjee guna ? kilo daging dan 5 biji telor. Ada dulu kawan kjee macam nak terkeluar biji mata bila dengar guna banyak sangat telor. Kenapa? Mahal sangat ke 5 biji telor. Hmmm semua nak murah, nak senang, nak sedap. Maleh nak layan. Oklah tak nak melalut. Kita ke bahan2nya.

BAHAN2NYA:

250 gms daging (1/4 kg)
11/2 sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh  1/2  sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras  3/4  penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.


(NOTE: ACUAN KUIH BAKAR JENIS ALLUMINIUM BOLEH DIGUNAKAN UNTUK RESIPI NI. KJEE FAHAM BUKAN SEMUA ORANG ADA ACUAN TEMBAGA. KALAU BAKAR TERUS DALAM LOYANG, TAK PASTI LAGI HASILNYA CAMNER. KALAU NAK CUBA, TERSERAHLAH)

    本站是提供个人知识管理的网络存储空间,所有内容均由用户发布,不代表本站观点。请注意甄别内容中的联系方式、诱导购买等信息,谨防诈骗。如发现有害或侵权内容,请点击一键举报。
    转藏 分享 献花(0

    0条评论

    发表

    请遵守用户 评论公约